Friday, July 15, 2011

Aksi di McD

Ku perhatikan cara berjalannya. Adapnya amat tertib sekali. Pakaiannya kemas - color coordinated dari tudung hinggalah ke sepatu yang tersarung di kaki kecilnya itu. Dari pakaian yang dikenakan, agak tidak silap jika membuat tekaan beliau pernah menjadi wargakerja samada di sektor awam atau korporat.

Jangka ku umurnya agak lewat sudah, mungkin sekitar 50an. Kulit sawo matangnya sudah agak dimakan usia dan garis-garis umur kelihatan di bahagian leher dan mukanya. Tapi saiz badannya teramatlah comel - boleh saja ku melebelkannya "petite". Mesti awet muda, itulah tekaan ku.

Buat beberapa ketika dia menoleh ke belakang seolah-olah mencari seseorang. Siapa agaknya yang ditunggu? Apakah teman atau saudara terdekat? Segala gerak gerinya hanya ku perhatikan dari jauh, dari meja makan ku yang tersorok di belakang patung Ronald McDonald itu. Aku pasti dia tidak langsung perasan perbuatan ku itu. Kata orang "it's rude to stare" tapi kali ini aku memang tidak dapat mengalih fokus dari wanita yang sedang kusyuk tercegat di tepi pintu masuk restoren makanan segera popular ini.

Tiba-tiba sahaja wajah muram beliau bertukar menjadi ceria. Senyuman terukir di wajahnya. Sambil berjalan pantas, beliau bergerak ke pintu masuk restoren. Ku lihat berjalan ke arahnya, seorang pemuda berbadan sasa, kelihatan six packs nya dibawah t-shirt ketat yang dipakai.

"Fuhhh....macam model mamat nih," Itu lah yang mula-mula datang ke fikiran ku. "But, tak kan lah kot.....macam anak dia je budak lelaki tu...issshhh tak mungkin!!" Dengan pantas ku tepis tanggapan yang menusuk minda apabila ku lihat si pemuda memberikan kucupan mesra di pipi wanita tersebut. Mereka kemudian intim berpimpin tangan menuju ke meja yang berada di sebelah belakang.

Ku cubit lengan ku untuk mempastikan aku tidak bermimpi. Tapi memang betul apa yang ku lihat tadi kerana ku perhatikan banyak mata lain yang turut terpukau menyaksikan brief interlude mereka berdua tadi.

Fikiran ku mula ligat meneka apakah yang sebenarnya berlaku. Reality check ku mengatakan - ini Malaysia kan, bukan New York.

Ohhh sungguh tak tercapai akal ku, jika apa yang berkecamuk di minda adalah benar.

Apakah....??
Bagaimanakah....??

Ku perhatikan mereka berdua buat seketika lagi. Perasaan curious ku pada awalnya bertukar kepada rasa mual. "Chiss sia-sia je puasa siang tadi dan malamnya tertengok pulak.....!!" Sudahlah, tak kuasa ku meneruskan tontonan perilaku mereka lagi. Dengan pantas, ku capai tas tangan ku dan angkat kaki untuk beredar dari situ.



Ohhh apa nak jadi pada bangsa ku???

6 comments:

Naz in Norway said...

Oh dunia!

Anonymous said...

what if they are legally married? granted the act shouldn't be flaunted in public. God knows best

kay_leeda said...

Dear Naz,

Doniya? Ohh ku teringat lagu Hindustan by Mohammed Rafi.

Yaadon ki Barat

Nothing to do with what I saw in McD though.

kay_leeda said...

Dear Anon@8:06PM,

Married?? Err...perhaps they are. I consider myself very liberal and open minded about relationships. But this one I saw, really got me hitting my head couple of times.

Zendra-Maria said...

*sigh*

mendoakan agar Allah SWT tidak menarik hidayahnya dari kita, amin

kay_leeda said...

Dear Zen,

Ameen. InshaAllah.