Rasa baru lagi ianya datang. Seolah-olah kelmarin, mendengar pengumuman penetapan tarikh berpuasa di tv. Tapi sekarang ia bakal meninggalkan kita.
Terasa masih belum cukup melakukan amalan di bulan yang mulia ini. Masih banyak yang mahu dilakukan. Masih belum penuh kantong yang mahu diisi dengan segala amalan yang bakal menjadi bekalan di sana kelak.
Sedih dan sayu rasanya dengan perginya Ramadhan.
Namun, semuanya yang bermula pasti berakhir.
No comments:
Post a Comment